Set Unsur (matematik)

Penulisan A = {1, 2, 3, 4} bererti bahawa unsur-unsur set A ialah nombor 1, 2, 3 dan 4. Unsur-unsur A boleh dikelompokkan, seperti {1, 2}, dan dipanggil sebagai subset kepada A.

Satu set itu sendiri boleh menjadi unsur. Misalnya, ada set B = {1, 2, {3, 4}}. Unsur-unsur B bukan 1, 2, 3, dan 4. Akan tetapi, hanya ada tiga unsur B, iaitu nombor 1 dan 2, dan (sub)set {3, 4}.

Unsur-unsur set dapat berupa apa sahaja. Misalnya, C = { merah, hijau, biru }, ialah set dengan unsurnya ialah warna merah, hijau dan biru.